KENAPA KAHWIN PERLU ADA ILMU?

Kehidupan selepas perkahwinan bukanlah satu perkara yang mudah. Ianya memerlukan komunikasi antara 2 orang iaitu suami dan isteri. Anda akan hidup lebih lama dengan pasangan anda sehingga hujung nyawa dan akan menghadapi pelbagai dugaan dan rintangan dalam rumah tangga. Tetapi, mampukah untuk anda harungi bersama?

Banyak juga kita lihat, dalam kalangan orang muda yang gagal dalam rumah tangga. Kahwin kadang tak sampai setahun pun boleh bercerai-berai. Puncanya, pasangan masih belum matang untuk mengawal sebuah keluarga baru dan masih melebihkan keluarga sendiri. Apa-apa keputusan atau pandangan banyak merujuk kepada keluarga berbanding pasangan sendiri. Kadang-kadang perkara kecil pun boleh jadi punca pergaduhan dan menjadi satu hal yang besar.

Antara sebab perkara ini boleh berlaku ialah pasangan itu tidak mempunyai ilmu dalam rumah tangga serta sering meninggalkan solat. Tidak pernah mengajak isteri untuk solat bersama apatah lagi untuk mengaji. Kita sendiri tahu apabila kita tidak menjaga solat dan tinggalkan dengan sengaja, Allah akan tarik nikmat yang ada pada diri kita dengan secepatnya dan membuatkan kehidupan kita jadi tidak tentu arah.

Jadi, untuk anda yang ingin berkahwin tidak kira muda atau tua, perlu ada ilmu. Ilmu perkahwinan ini sangat penting dan itu sebab wajib untuk anda hadiri kursus pra perkahwinan sebelum masuk ke alam perkahwinan. Ambil tahu setiap perkara dari menjaga isteri sehingga keluarga. Dan perbaiki diri dulu sebelum berkahwin. Kalau anda masih belum sempurna untuk menjaga solat, perbaiki dari sekarang dan perlahan-lahan untuk jaga solat semula. Kalau dulu tidak jaga solat, kita tidak akan pernah rasa cukup dengan rezeki yang ada tetapi apabila kita dah mula menjaga solat, rezeki akan melimpah ruah dan sentiasa rasa cukup dan keluarga kecil anda pun akan sentiasa bahagia.

“Rezeki Allah Yang Berikan Selagi Mana Berusaha. Niat Dan Usaha Halalkan Dahulu Si Dia”

“Rezeki Allah yang Berikan Selagi Mana Berusaha. Halalkan Dahulu Si Dia” . Perkongsian Penuh Bermakna.

Apabila sebut tentang kahwin, ramai lelaki yang akan memikirkan tentang duit. Mampu atau tidak untuk menyara keluarga. Mampu atau tidak memberikan kebahagiaan kepada isteri dan anak – anak nanti.

Duit memang bukan segala – galanya. Duit bukanlah tiket utama untuk bahagia. Jika duit membuatkan orang bahagia, kenapa ramai orang yang berduit berpisah jua? Tapi jika tiada duit, banyak juga konflik berlaku dalam dunia orang ‘susah’. Bercerai – berai, anak – anak diberikan kepada orang lain atau dibiarkan membesar merata tempat. Jadi, sejauh mana kepentingan duit?

Namun, perlu difahami untuk meneruskan kehidupan memang memerlukan duit. Bukanlah terlalu banyak tetapi cukup untuk memberi nafkah dan membeli perkara wajib dalam rumah tangga. Cukup ada seorang suami yang mampu memimpin dan membentuk isteri dan anak – anak bersederhana dalam kehidupan. Pepatah ukur baju di badan sendiri sangat penting untuk kita pegang.

Apabila anda mahu berkahwin, yakinlah bahawa Allah akan memberikan kecukupan kepada anda, Allah akan berikan rezeki yang berlipat ganda. Jangan pula terlalu lurus, lepas berkahwin berhenti kerja kerana yakin Allah akan berikan rezeki melimpah. Bukan macam tu. Semuanya tetap memerlukan usaha dalam mencari rezeki.

Pernah dengar perkongsian daripada seorang lelaki yang merancang untuk berkahwin tetapi masih belum ada duit yang cukup sebagai hantaran kepada pasangan. Dalam pada merancang, dia berdoa kepada Allah swt agar dimurahkan rezeki, dia memohon kepada Allah agar Allah bantu dia dalam urusan membina masjid.

Akhirnya dia tak sangka, kemahiran membaiki kenderaan yang dia ada digunakan sepenuhnya untuk tingkatkan simpanan. Ramai orang yang dikenali meminta dia membaiki kenderaan dan akhirnya menjadi peluang untuk dia bina kerjaya sebagai mekanik.

Dia dapat kumpul duit dengan cepat dan ada juga ahli keluarga yang dengan senang hati membantu sponsor beberapa bahagian. Sekarang, dia sudah lebih 10 tahun berkahwin dan mempunyai anak. Selain itu, dia juga sudah ada bengkel sendiri, ada pekerja dan pelanggan tetap.

Siapa sangka kan? Dari tiada kepada ada. Berkat doa, Allah ilhamkan dia menjadi mekanik berjaya dan ada bisnes sendiri. Siapa kita untuk menafikan ini semua.

Yakinlah. “Rezeki Allah yang berikan selagi mana berusaha. Niat dan usaha halalkan dahulu si dia.”

CARA MERANCANG PERCUTIAN BERSAMA KELUARGA TERSAYANG

Tidak dapat dinafikan kita sebagai manusia ini sangat suka untuk melancong ke destinasi kesukaan kita. Tambahan pula bila zaman semakin maju banyak tempat yang menarik untuk kita kunjungi. Ramai orang akan memilih untuk pergi melancong pada musim cuti umum atau cuti sekolah.

Seperti mana kita tahu bercuti ini bukanlah suatu perkara yang mudah untuk kita. Banyak perancangan dan persediaan perlu kita lakukan untuk pergi bercuti. Sama ada perancangan sebelum, semasa dan selepas. Hal ini supaya dapat mengelakkan sebarang isu yang tidak diingini berlaku lagi-lagi buat anda yang suka melancong ke luar negara.

Buat anda yang ingin melancong ke tempat kesukaan anda, ini cara yang perlu anda rancang untuk pergi bercuti bersama keluarga.

Perancangan Sebelum

Langkah 1 : Pilih tempat yang anda ingin pergi.

Nak bercuti ini mesti lah kita dah tahu tempat mana yang kita ingin pergi, betul? Sekarang ini yang perlu anda tahu adalah persekitaran tempat percutian anda. Pilih persekitaran yang macam mana anda inginkan. Persekitaraan yang sibuk? Persekitaran yang nyaman? Persekitaran yang tidak ramai orang? Persekitaran yang dipenuhi dengan flora dan fauna? Kata mudahnya bentuk percutian yang bagaimana mana anda inginkan? Hal ini perlu ditentukan dengan orang yang sertai percutian anda kerana ia mempengaruhi dan akan menjadi satu memori yang menarik jika dirancang dengan teratur.

Perbincangan antara anda dan orang yang sertai percutian anda sangat penting. Perbincangan anda dan mereka perlu diatur dari segi waktu atau masa. Jika percutian anda dalam jangka masa yang pendek, tidak perlu bazirkan masa memilih tempat yang jauh dari penginapan. Bukan itu sahaja, pilihlah waktu bertolak anda pada waktu yang fleksibel kerana anda boleh pergi ke mana-mana sahaja.

Langkah 2 : Tempah kenderaan (jika diperlukan).

Penempahan kenderaan ini bergantung kepada perancangan anda juga. Jika anda mempunyai kenderaan bersesuaian untuk percutian bersama keluarga anda perlu servis kenderaan tersebut terlebih dahulu.

Kepada anda yang tiada kenderaan yang bersesuaian anda boleh muat turun aplikasi yang menyediakan perkhidmatan penyewaan kenderaan sementara. Antara aplikasi yang boleh anda buat sewaan ialah socar, trevo, dan rent a car. Selain itu anda boleh dapatkan di facebook juga dan akan dibawa terus kepada pemilik kenderaan melalui whatsapp.

Bagi anda yang ingin membuat percutian ke luar negara, anda boleh menempah tiket penerbangan secara online sahaja di laman web Skyscanner. Anda juga boleh muat turun sahaja aplikasi Skyscanner untuk mendapatkan tempahan tiket anda dengan mudah. Penempahan tiket perlulah lebih awal supaya harga yang diperoleh berpatutan dengan bajet anda.

Langkah 3 : Tempah penginapan.

Tempat penginapan adalah salah satu perkara yang penting buat anda yang ingin bercuti dalam jangka masa panjang. Perkara yang utama bagi tempat penginapan adalah keselesaan. Untuk pengetahuan anda, ada je tempat penginapan yang selesa seperti rumah yang moden tapi dapat harga yang berpatutan.

Jika percutian anda bersama keluarga atau bilangan orang ramai, anda boleh buat tempahan melalui aplikasi Airbnb, Booking.com, Trivago atau Agoda. Penginapan yang disediakan adalah apartmen dan rumah teres. Jadi sangat selesa buat keluarga yang ramai untuk bercuti.

Buat anda yang bercuti dalam jangka masa pendek, anda boleh menempah hotel atau resort yang berhampiran dengan destinasi yang anda ingin pergi.

Perancangan Semasa

Langkah 4 : Aturcara majlis/ aktiviti percutian.

Pastikan anda sudah siap sedia dengan tentatif atau perancangan aktiviti anda ke tempat percutian. Tidak kira sama ada dalam jangka masa panjang atau pendek sangat penting untuk anda rancang dan tentukan. Hal ini lagi memudahkan perjalanan harian anda sewaktu percutian.

Perbanyakkan buat research tentang tempat yang anda ingin pergi dan catatkan masa yang anda perlukan semasa anda di suatu tempat.

Langkah 5 : Tempat makan.

Cari tempat makan yang tidak jauh dengan tempat penginapan atau tempat percutian anda. Jika anda tidak merancang untuk makan diluar, anda juga boleh sediakan bahan memasak untuk anda memasak dalam tempoh percutian anda.

Segala perkara perlu mengikut perancangan awal anda dan orang yang sertai percutian anda.

Langkah 6 : First Aid Kit.

Kesihatan adalah sangat penting untuk kita semua. Jadi persediaan awal untuk ubat-ubatan, ubat sapu-sapuan sangat penting untuk kita yang ingin bercuti. Hal ini dapat mengelakkan sebarang kecederaan ringan. Anda boleh beli First Aid Kit di shopee atau mana-mana farmasi berdekatan bagi memudahkan anda semasa dalam percutian.

Persediaan Selepas.

Langkah 7 : Catatan barang yang dibawa.

Mungkin anda rasa perkara ini tidak begitu penting buat anda tapi sebenarnya ia sangat penting terutama kepada anda yang pergi picnic di taman tema, tepi pantai atau tempat-tempat anda pergi berkelah bersama keluarga. Perkara ini perlu dilakukan bagi mengelakkan anda tidak meninggalkan barang keperluan atau perkakasan yang bernilai.

Semoga tips ini bermanfaat buat anda sekeluarga untuk bercuti. Apa yang penting adalah rancangkan perjalanan anda bersama keluarga dengan teratur supaya dapat mencipta kenangan yang terindah buat anda.

4 Cara Mudah Menghargai Pasangan

Menghargai pasangan bukanlah perkara yang sukar dilakukan, namun ramai yang terlepas pandang. Jadi, kali ini admin akan kongsikan 4 cara mudah untuk hargai pasangan anda.

Menyokong Usaha dan Tindakannya

Sokongan daripada pasangan sangat memberikan motivasi yang tinggi pada seseorang individu. Pastikan anda mendengar dengan baik terlebih dahulu apakah perkara yang direncanakan pasangan anda, kemudian sokonglah dia dengan sebaiknya.

Jadi Individu Pertama Meraikan Kejayaan Pasangan

Sebagai pasangan, jadilah orang pertama yang meraikan kejayaan pasangan anda. Walaupun mungkin kelihatan kecil di mata kita tetapi mungkin berbeza pada pasangan yang telah bertungkus lumus mengecapi kejayaan tersebut. Jika tidak raikan sekalipun, cukup sekadar mengucapkan sesuatu yang menyenangkan si dia.

Tidak Mengatur Kehidupannya

Biarkan pasangan bebas melakukan perkara yang disukainyaa dan menjadi dirinya sendiri. Elakkan mengatur hidupnya sehingga pasangan terpaksa mengubah kehidupan seperti apa yang kita mahukan. Namun, jika perkara yang dilakukan mengundang dosa dan murka Allah itu wajib untuk kita perbetulkan dengan cara yang baik.

Mengingati Ulang Tahun dan Peristiwa Penting dalam Hidupnya
Apabila sudah berpasangan, semestinya si dia mengharapkan agar pasangannya mengingati peristiwa-peristiwa penting dalam hidupnya. Jika tidak meraikan di luar rumah, cukup sekadar meluangkan masa berdua meraikannya sendiri di rumah atau memberikan ucapan yang istimewa buatnya.

Buat anda yang sudah berpasangan, hargailah kehadirannya dalam hidup anda. Bukan mudah untuk kita miliki si dia, namun setelah memilikinya hargai dan nikmatilah pemberian ini dengan sebaiknya. Selamat mencuba!

Suami Perlu Dihormati. 4 Tip Hormat Kepada Suami

Sebelum anda dan pasangan bergelar suami isteri, anda diwajibkan untuk menghadiri kursus pra-perkahwinan. Dimana, dalam kursus perkahwinan ini mereka memberikan ilmu rumah tangga daripada cara mengawal kemarahan, tanggungjawab suami isteri dan sebagainya. Suami adalah ketua keluarga yang mencari rezeki, pemberi nafkah dan si isteri wajib untuk hormat kepada suami.

Kadang-kala suami tidak ingin meminta apa-apa pun, mereka cuma inginkan dihormati oleh orang yang mereka sayang. Zaman sekarang, ramai juga yang tidak menghormati suami dan menjadi punca rumah tangga boleh runtuh ataupun lebih jelas berlakunya perceraian.

DENGAR CAKAP SUAMI

Sentiasa ingat apa pesan suami dan jangan pernah sesekali bantah kata suami kalau suami itu betul.Tetapi kalau anda sedar bahawa suami anda berkatakan perkara yang salah, cuba untuk betulkan tetapi dengan cara sopan dan tidak kurang ajar.

JANGAN RAHSIAKAN APA-APA DARI SUAMI

Kalau anda ada apa-apa permasalahan atau perkara yang merunsingkan fikiran anda, cerita dan luahkan kepada suami walaupun perkara itu melibatkan atau tidak kepada suami. Kalau anda cuba merahsiakan suami beberapa perkara, lambat laun mereka akan tahu juga dan akan jadi lebih besar masalah serta boleh mengeruhkan keadaan.

JANGAN BUAT KEPUTUSAN SENDIRI

Rumah tangga perlukan komunikasi dan toleransi bersama. Kalau anda ingin membuat sesuatu keputusan mengikut hati dan perasaan anda sendiri, fikir semula bahawa anda sekarang bukan bujang lagi anda masih ada pasangan. Dimana, pasangan boleh memberi pendapat yang berbeza dan boleh bantu anda untuk membuat satu keputusan.

ELAKKAN BERJUMPA ATAU BERKENALAN DENGAN LELAKI LAIN

Bila anda berkenalan dengan lelaki lain selepas berkahwin, anda akan dianggap curang walaupun bagi anda sebagai kawan sahaja. Dan perkara ini tidak elok untuk para isteri lakukan kerana boleh meruntuhkan rumah tangga sendiri.

Boston Massacre reenactment and commemoration

Boston Massacre reenactment and commemoration

Start : March 7, 2015 9:00 am
End : March 7, 2015 8:00 pm
Venue : Old State House
Address : 206 Washington Street, Boston, MA, United States

The Old State House will be abuzz with activity on Saturday, March 7, 2015 commemorating and reenacting the Boston Massacre on its 245th Anniversary. During the day, visit the Old State House for family programming that explores the Massacre and its aftermath.

As night falls, witness the famous event reenacted on the spot where it happened in 1770. The reenactment begins at 7:00 p.m., but come early and meet patriots, loyalists, and moderates who will share their stories of that shocking night.

February School Vacation Week

February School Vacation Week

Start : February 16, 2015 9:00 am
End : February 20, 2015 5:00 pm
Venue : Old State House
Address : 206 Washington Street, Boston, MA, United States

Come to the Old State House to learn about Boston’s colonial past. Young visitors can hunt for clues and artifacts using the Old State House scavenger hunt or drop-in on hands-on historical activities offered daily between 11:00 a.m. and 2:00 p.m. Practice the art of colonial quill and ink writing; fashion a royal coat of arms; and meet a Revolutionary Character who will share what it was like to live in Boston in the days before the American Revolution. All activities are free with admission. Kids 18 and under accompanied by an adult are admitted to the Old State House FREE! Check back for a schedule of activities.

Boston Massacre Events- ALL DAY! Reenactment @7pm

Boston Massacre Events- ALL DAY! Reenactment @7pm

Little Redcoats and Little Bostonians

Interactive Program for Children

10:30am and 1:30pm

Learn what life was like for Bostonians and British soldiers of Boston in the months leading up to the Boston Massacre. Free; in front of the Old State House.

Blood in the Snow

Short History Theater Performance

11:00am and 2:00pm

Delve into the stark choices that faced the British Acting Governor Thomas Hutchinson as shocked Bostonians demanded immediate action to prevent further bloodshed. Free with museum admission; in the Old State House.

bloodsnow

Trial of the Century

Interactive Program for All Ages

11:30am and 2:30pm

Watch patriot lawyers John Adams and Josiah Quincy defend the British soldiers accused of murdering Bostonians. Audience members are invited to act as witnesses and jurors for the celebrated case.

Free with museum admission; in the Old State House.

(Space is limited; tickets for both performances go on sale at 9:00am at the Old State House Museum front desk.)

Boston Masssacre Reenactment

7:00pm

Witness the Boston Massacre reenacted in front of the Old State House, in the very area where it took place in March 1770. Before the action unfolds, hear from the patriots, loyalists, and moderates who will talk about the events and attitudes that led to that fateful night.

Free; in front of the Old State House

Tours Special Events and More

In addition to our Boston Massacre Tours, we run special programs and exhibits about the Boston Massacre all year round, including specialty tours and reenactments created specifically for kids and student groups.

Plus, every year you can experience the annual Boston Massacre reenactment right here in front of the Old State House. (See Reenactment Video and March Events Calendar for more details.)

Explore Boston Massacre Exhibits

Explore artifacts, exhibitions and artwork connected to the Massacre. Hear the sounds of teenagers taunting a lone British sentry. Experience the event through a fascinating display of spotlighted artifacts and ghostly images that tell the real story of how a petty dispute turned into a deadly riot.

  • The Boston Massacre Multimedia Theater
  • Paul Revere’s Engraving of the “Bloody Massacre”
  • Artifacts Recovered from the Scene of the Crime